Thursday, March 31, 2011

Malaikat & Arasy

Posted by Marlya Asri at 11:46 PM 0 orang komen pasal cerita kat atas
Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah yang telah menciptakan langit dan bumi dalam enam masa, lalu Dia bersemayam di atas arasy. Dia menutupkan malam kepada siang yang mengikutinya dengan cepat, dan (diciptakan-Nya pula) matahari, bulan dan bintang-bintang (masing-masing) tunduk kepada perintah-Nya. Ingatlah, menciptakan dan memerintah hanyalah hak Allah. Maha Suci Allah, Tuhan semesta alam. (Surah Al-A'raf 7: Ayat ke 54)



الَّذِينَ يَحْمِلُونَ الْعَرْشَ وَمَنْ حَوْلَهُ يُسَبِّحُونَ بِحَمْدِ رَبِّهِمْ وَيُؤْمِنُونَ بِهِ وَيَسْتَغْفِرُونَ لِلَّذِينَ آمَنُوا رَبَّنَا وَسِعْتَ كُلَّ شَيْءٍ رَّحْمَةً وَعِلْمًا فَاغْفِرْ لِلَّذِينَ تَابُوا وَاتَّبَعُوا سَبِيلَكَ وَقِهِمْ عَذَابَ الْجَحِيمِ






"(Malaikat-malaikat) yang memikul arasy dan malaikat yang berada di sekelilingnya bertasbih memuji Tuhannya dan mereka beriman kepada-Nya serta memintakan ampun bagi orang-orang yang beriman (seraya mengucapkan): ""Ya Tuhan kami, rahmat dan ilmu Engkau meliputi segala sesuatu, maka berilah ampunan kepada orang-orang yang bertaubat dan mengikuti jalan Engkau dan peliharalah mereka dari siksaan neraka yang menyala-nyala," (Surah Al-Ghafir 40: Ayat ke 7)
 








Thursday, March 24, 2011

~tawakal kepada ALLAH~

Posted by Marlya Asri at 7:35 PM 0 orang komen pasal cerita kat atas
..........السلام عليكم


kat sini aku ingin menceritakan 1 cerita yang aku telah baca kat 1 buku yang aku baru beli..kisah nie mmg memberi pengajaran kepada kita,,so selamat mmbaca dan renung2kan lah yek...kisah nya macam nie......


Hatim Asham, seorang zuhud pada zamannya, adalah seorang lelaki fakir. dia memeliki keluarga yang menjadi tanggungannya. mereka hidup dalam keadaan susah. namun begitu, dia memiliki keyakinan yang luar biasa kuat kepada Allah.


pada suatu malam, dia duduk bersama teman-temannya membincangkan haji dan ziarah ke Baitullah. perbualan itu berkesan dalam hatinya hingga dia bmaksud pergi ziarah. dia ulang kerumah dan berkata kepada keluargannya:  "jika kamu setuju aku pergi berziarah ke Baitullah, aku akan mendoakan kamu."
"ditengah kefakiran dan keluargamu yang banyak ini, hendak ke mana engkau pergi? ziaah ke Baitullah adalah wajib bagi orang yang kaya dan mampu," kata isterinya.


anak-anaknya pun membenarkan komen ibu mereka, kecuali seorang anak perempuan kecil. anak perempuan kecil itu berkata, "apa yang akan terjadi jika kita memberi izin ayah? biarkan ayah pergi ke mana pun yang dia mahu! pemberi rezeki kita adalah Allah,sedangkan ayah hanya perantara rezeki kita. Allah Maha Kuasa menyampaikan rezeki kepda kita dengan perantara lainnya."


mendengar kata-kata si kecil ini, semua anggota keluarga mereka menjadisedar dan membenarkannya. mereka mengizinkan Hatim ziarah ke Baitullah. Hatim sangat bahagia. disisipkannya perbekalan safar(bepergian jauh) dan berangkat bersama kafilah haji. para tetangga datang ke rumahnya.mereka melontarkan kata-kata celaan:
"mengapa di tengah kefakiran justeru kamu membiarkannya dia berangkat safar? perjalann jauh ini akan memakn waktu beberapa bulan. dari mana kamu mendapatkan rezeki untuk menanggung keperluan hidup?" kata mereka.


keluarga itu tentu menyalahkan si kecil. mereka berbalik mencela si kecil: "seandainya kamu tidak bercakap dan menahan lisanmu waktu itu, kami tidak akan mengizinkan ayah bepergian jauh!"
si kecil sedih mencucurkan air mata mendengarnya. kemudian, dia mengangkat kepala ke langit, mengadahkan kedua tangannya dan berdoa:
" tuhanku, mereka ini terdidik dengan keutamaan dan kemuliaan dan mensyukuri nikmat-Mu, janganlah Engkau abaikan mreka dan janganlah Engkau permalukan aku di hadapan mereka!"


saat mereka kebingungan memikirkan bagaimana mendapatkan nafkah hidup,amir- pemimpin di kota itu baru kembali dari berburu. dia kehausan. para pengawalnya pergi ke pintu riumah Hatim untuk mendapatkan air. mereka mengetuk pintu rumah. lalu, isteri Hatim bertanya di balik pintu," ada urusan apa kamu?
" amir sedang berdiri di depan pintu rumah and meminta sedikit air dari anda,"jawab mereka.
wanita itu panik.dia memandang ke langit seraya berdoa: "tuhanku, semalam kami dalam kelaparan sedangkan hari ini amir memerlukan kami dan meminta air kepada kami."
kemudian wanita itu memenuhi bejana dengan air. dibawanya kepada amir sambil memohon maaf kerana bejananya terbuat daripda tanah liat.


amir bertanya kepada para pengawal,"ini rumah siapa?"
mereka menjawab:" rumah Hatim Asham, slah seorang zuhud di kota ini. kami dengar die pergi safar ke Baitullah sementara keluarganya hidup dengan kesusahan,"jawab mereka.
"kita telah menyusahakn mereka. dan meminta air dari mereka. adalah jauh dari kewibawaan jika orang seperti kita menyusahkan kaum yang lemah ini dan meletakkan beban ke bahu mereka,"kata amir itu.


segera amir membuka ikat pinggang, dilemparkannya ke dalam rumah itu dan berkata kepada para pengawalnya: "yang mencintaiku hendaknya melemparkan ikat pinggangnya ke dalam rumah."
semua pengawal melepaskannya ke dalam rumah. ketika mereka hendak pulang, amir berkata,"semoga Allah memberkati kamu, wahai keluarga! menteri ku akan hitung nilai harga semua ikat pinggang dan mngwangkannya untuk kamu."


rombongn amir pergi dan mengucapkan selamat tinggal. tak lama kemudian si menteri kembali membawa wang hasil penjualan semua ikat pinggang.
anak kecil menangis mengalami peristiwa itu."mengapa kamu menangis? seharusnya kamu bahagia sebab Allah dengn rahmatNya telah memberi keluasan kepada kita!"tanya menteri.
"saya menangis kerana semalam kami tidur dengan rasa lapar, dan hari ini seseorang datang memerhatikan kami dan memenuhi keperluan kami. jadi, setiap waktu Allah yang Maha Penyayang mencurahkan perhatianNya kepada kami. sesaat pun Dia tidak akn pernah berpalin dari kami,"jawab si gadis kecil.


kemudian dia mendoakn ayahnya,"tuhanku, sebagaimana Engkau curahkan perhatianMu kpd kami dan telah Engkau tangani urusan kami, curahkanlah kasihMu kepada ayh kami dan tanganilah urusannya."
ayahnya ketika itu berada di tengah kafilah(rombongan). tidak ada yang lebih miskin darpdnya. dia tidak mempunyai kenderaan yg dpt dia naiki dan tidak juga punya bekal yg memadai. orang2 yg mengenalinya, terkadang mmberikan bantuan kecil kpdya.


suatu malam, pemimpin kafilah tertimpa sakit berat. doktor tidak mampu mengubatinya.
"adakah orang di antara kafilah yg ahli ibadah dan sanggup mndoakn aku?" tanya pemimpin kafilah.
"Hatim Asham, lelaki tua yg zuhud. dia ada bersama kita. cepat panggil dia!"
para ghulam(pelayan laki muda) membawanya kehadapan pemimpin mereka. Htim mengucapkan salam duduk di samping pembaringannya. berkat doa Hatim, pemimpin sembuh. oleh yang demikian, pemimin amat menyukai dan memerhatikannya.


dia memerintahkan agar disediakan keneraan utk Hatim. semua pengeluaran ditanggung pemimpin itu. Hatim bersyukur kerananya. tiap malam dia bermunajat kepada Allah sebelum tidur.
suatu hari dalam tidurnya ada yg menyeru kepadanya, "wahai hatim, org yg berbuat soleh dan bersandar kepada Kami, Kami pun meliputinya dengan kurnia. kini janganlah kamu merisaukan keluarga mu krn Kami telah memberikan penghidupan kpda mereka."


dia terbangun dari tidurnya, bersyukur, dan memuji Allah. sehabis safar, anak2 nya bergegas menyambut. mereka sgt merasa bahagia melihatnya. Hatim yg sgt mncitai ank kecilnya dibandingkan kpd yg lain, mendukungnya dan menciumi wajah si gadis kecil.
si ayah berkata kepada keluarganya:" org2 kecil kalau dilihat dari segi pemahaman dan perasaannya, mereka itu sebenarnya adalah org2 besr krn memiliki keutamaan. Allah tidak memandang kepada siapa yg ma'rifatnya paling tinggi kepada Allah".


oleh itu wahai sahabat2,,renung2kanlah kisah diatas ini,,dan ambil lah pengajaran dr nya..





Monday, March 14, 2011

~market survey + jalan2 nagn kawan3~

Posted by Marlya Asri at 10:24 AM 0 orang komen pasal cerita kat atas
......السلام عليكم


ape kaba sahabat2 arynie?? chat?hehe arynie aku nk cite pasal ape yg aku dan kawan2 aku buat semalam..
aku dan kawan2 aku kene wat market survey kat popular bookstore..kteorg wat market survey nie bknye untuk suke2 tapi ini adlh sbhgian dari assgnment kiteorg..markah utk final exm nnt..kiteorg wat market survey nie kat popular bookstore kat terminal one, seremban..


ok,,bermula la perjalann kami kesane dgn menaiki teksi ke ktm nilai...kami bertolak dalam pukul 10 pagi..kami sampai ke seremban kira2 pada pukul 11 pagi raseye,,,group aku sume skli ade 4 org,,iaitu aku, asma, suhailah dan seorg jejaka nizam namaye..asma ajak seorg kwn dye sbb nk suh jadik cmerawomn kiteorg..hehe niah nameye...

aku&asma

gambar kat atas nie waktu kiteorg kat ktm seremban

niah&suhailah

pastu kiteorg pn pegi la ke popular bookstore,,xramai sgt org kat situ sbb kebetulan hari tu ade book fair kat aras 1 kat terminal one tu..pastu kiteorg wat la questnnaire kat situ...alhamdulillah abis pn kteorg wat questnnre...pastu kteorg pegi lak turun bawah cari manager utk tye sal popular..selepas abis interview manager tu,,perot lak terase lapar..huhu pastu kteorg pn pegi la mkn..kfc jugak la jadik plihan kiteorg..


book fair popular kat terminal one

pas mkn,,kteorg jln2 jap, pastu pegi ke seremban parade lak..kteorg solat kat surau kat situ..pas solat,,kiteorg jln2...tibe2 asma bg cdgn ajak men boling..kteorg pn on je la..hehe
smpi je kat tmpt boling tu,,,dukacita bhwa ramai sgt org,,huhu dgn hampanya kiteorg pn turun la blk..pastu kteorg pn jln2, pusg je la kat mall tu..mmg bosn...
pastu lagi skli kteorg pegi ke tmpt boling tu,,kami b'nseb baek sbb ade kosong,,so pe lagi..time to play!!hehe




hehehe


emm,,mcm bese la kan tiap kali men boling mesti aku blg masuk longkang,,huhu cmne la nk bg pndi men nie..huhu tp niah mmg teror men klh nizam..haha pastu aku ngn asma nk men ag,, nizam pn join skli..,,so kteorg pn maen la wat kali kedua,,yg kali ke2 aku men nie ok la cket dri yg mule2 aku men td..huhu tp mmg seronok la smlm..
thnks to nizam coz blnje kteorg maen boling semalm,,hehe


kiteorg abiz men kira2 lam pukol 6.10..pastu kteorg g solat..pas solat kteorg pn blk..smpi je kat ktm nk beli tket,,,terkejut jugak la kn sbb ramai sgt org..kteorg pn baru la t'igt,,arynie en ary ahad,,so ramai la org blik..huhu tp nseb bek la dpt jugak beli tket..nek ktm pn b'hmpit2,,mmg pnskot..huhu
emmm,,kteorg smpi hostel nk kat kol 8 mlm....mmg penat,,tp dalam pent tu tetp seronok..hehe


itu saje la yg aku nk kongsi dgn sahabat2 sume,,jmpe lagi yekk kwn2~~ luv u so much (^_^)

~sanah helwah mai~ 13/3

Posted by Marlya Asri at 9:13 AM 1 orang komen pasal cerita kat atas
salam,,kwn2 nk taw x, arynie birthday kawan aku..maisarah namenye...tp kteorg celebrte birthday dye semlm..smlm ade sorg kawan aku nie aizan namenye,,dye suh aku b'pakat ngan dye nk wat kejutan kat mai nie..aku pn on je la..hehe kteorg pegi kat tesco, nilai..yg mai ngn aizan nie 1 time pegi situ,,tp nseb baek la aku pnh pegi skli ngn mmber2 aku dulu,,taw la sket selok belok kat situ...


kteorg pn beli la brg2 cket kat situ..tp mai mmg belnje sakan gak la semalam..haha aku pn teman la mai beli brg2,,yg aizan lak mmg busy,,bese la nk wat suprise kan kawan,,so dye g jauh2,,ngh planng somethg..rupe2 nye dye pegi beli kek ngn sorg mmber dye,laki..


lepas abis beli brg,,perot lak terase lapar,,huhu aku ngn mai pun pegi la beli mknn kat medan selera tesco tu..aku beli mushroom chicken rice,,mai ngn aizan lak salt fish chcken rice(ye kot cmtu nme ye)..mmg sedp gak la mknn kat situ..kteorg pilih tmpt mmg yg strategik gak la,,jauh dari org..hehe bese la nk celebrate birthday mmber,,hehe pastu mai tanye la aizan nie hilang mane? aku pn jwb la ntoh..hehe padahal aku taw da aizan pegi mne..pastu tetbe2 dtg la aizan ngn sorg dak laki(kwn dyeorg wktu skol mengh dulu) bawak kek..comey ga kek tu..so,,pe lagi mmg t'kejut + t'hru la mai waktu tu..hehehe klaka tengok muke dye waktu tu...hehe


pastu kteorg pn b'gmbr la b'same2...kat bwh nie la gmbr yg smpat ak amk ngn mereka,,,

aizan&mai



aku&mai




sanah helwah mai!!


kepada mai,,aku doakan semoga kau selalu murah rezeki dan bahagia didunia dan akhirat..jangan lupekan aku yekk...hehe

ok la,,itu saje yg aku nk cite kat kawan2..jumpe lagi yekk..daa~~



Saturday, March 12, 2011

~SMA AL-ATTAS sentiasa di hati~

Posted by Marlya Asri at 7:31 PM 9 orang komen pasal cerita kat atas
assalammualaikum kawan2,,pernah dengar nama SMA AL-ATTAS x? sma al-attas tu dulu skolah aku. kiranya skg nie skolh tu da jadi bekas skolh ak la.. tp aku sentiasa rindu kat skolh tu..skolh tu byk bagi kenangan kat aku..dari aku form 1 smpi la aku form 5..kenangan paling banyak yang aku x bole lupe ialah waktu aku form 5 la.. emm kat skolah al-attas nie la byk suka, duka, sakit dan sihat yang aku pnh lalui kat sini.. rindu sgt waktu tu,,rase cam nak putar blk waktu tu,,,mcm nak skolah blk kat situ..huhu


emm,,law korang nk taw,,aku nie nakal gak..hehe tp waktu form 5 la nmpk kenakalan aku tu..hehe
walaupun aku nie dilantik jadi ketua asrama, tp aku nie jugak ketua wat nakal nagn member2 aku..hehe t'ingat wktu exm spm dulu,,kteorg 'terbang' keluar pegi bandar..warden xtaw pn yang kiteorg kuar..bile smpi kat bandar, mule la men nyorok2,,hehe nmpk je 'orang' al-attas,cepat2 masuk market..hahaha mmg klaka waktu tu..


pastu, penah gak kteorg curi2 kuar pegi beli mknn kat warung dpn skolh..kteorg lapar mlm tu,,so de mmber ak nie ajak la gi beli mknn kat situ,,tp aku juz tempah je la..pastu bole lak mlm tu hujan..tp disebbkn lapar, mereka2 tu pn kuar la jugak pegi beli,,,warden xtaw pn kami org wat keje tu,,hehe tp sume nie berlaku waktu exm spm la..sume budak2 asrama da balik kg masing2..seronok sbb dapat cuti..tinggallah kami budk2 form 5 kat hostel tu..so,, hostel tu pn jadi la cam hak milik kami sume..haha


haa,,lagi 1 kengn yang aku mmg xbole lupe..aku penh b'gaduh ngn sorg mamt nie(tp skg da jadik mmber baek la)..mmg terok gak la kiteorg gadoh..smpi xb'tego bape bulan ntoh,,aku pn x ingat..pas2 satu ary nie,,aku geram sgt kat dye,,so aku hadiahkan la something kat dye..haha korg nk taw ape yg aku hadiahkan?? jeng..jeng..jeng...aku hadiahkan kat dye 'princess of frog'..haha mmg klaka tgok muke dye waktu dpt hadiah tu..t'kejut+ takut..penakut katak gak rupenye dye,,,sory ye kwn..hehe pas2 korg nk taw pe  tndakn yg dye wat kat aku?? dye tendang meja aku..pastu mmg kteorg gaduh terok gak la..aku lak mulut xreti nk bertapis,,pakai ckp je..huhu pastu tbe2 dtg la sorg hero kelas aku mententeramkan keadaan kami..hehe
nseb bek hero tu ade,,law x makin terok la kami b'gaduh..huhu tp skng nie kami da jadik kawan baek..hehe xde da nk gadoh2 da..tu sume da jadik kenangan kat kami..=)


aku betul2 rindu kat skolah tu..emm,,ntoh bile la aku dapat pegi lawat skolh tu yek..t'ingin nk pegi,tp cam xde mase lak..huhu nk ajak kawan2,,dyeorg sume busy..maklumlah sume da msuk u n kolej,, so ramai la yg busy..law de yg keje lak,,xtaw bile cuti..huhu 


kepada kawan2 aku ex al-attas,, aku rndu korg sume..bile yek kite ley dpt jumpe ag dan kumpul same2 cam dulu?? rindu sgt2 waktu al-attas dari form 1 smpi form 5..aku harap walaupun kite sume da jauh dan masing2 lak busy,,korg xlupekn kenangan kat al-attas tu. aku jugak harap korg x lupe kat mmber korg yg nie yek..hehe miss u all sooo muchhh!!!hehe



~THANKS COZ BEING MY FRENZ~

Monday, March 7, 2011

~giveaway 3sponsor~

Posted by Marlya Asri at 7:07 PM 1 orang komen pasal cerita kat atas





assalamualaikum sahabat2 sume,, aku nie sebenarye budak baru belajar dlm blog nie..tp ade seorang kawn baik aku nie suggest kn something kat aku..so aku pn wat je la ape yg dia suruh ak buat.. dan inilah pertama kali aku join segmen mcm ini.,. so,,disini aku pulak nk suggest kat korg sume..hehe
 pertama2 nye korg kene jadi follower kat 3 blo nie,,iaitu :http://www.eqbalzack.com/http://enjoylukis.blogspot.com/, http://mummy-who-bakes.blogspot.com/


pastu korg kene buat satu entry ttg give away blogspot nie dan letakkan banner nie kat atas entry korg..pastu korg link kn kat http://www.eqbalzack.com/


lastly korg tag kn kat blogger yg len,,pastikn blogger yg korg tag tu taw sal nie,,law dye xtaw, korg kene bgtaw,,hehe


ok,,itu je kot dari aku..hehe emm aku sebenarnye buat blog nie saje je,,suke2..untuk memenuhi mase lapang dan kongsikn sedikit pengalamn aku dgn korg semua..ok lah,,pape pn jmpe lagi ye sahabat2 sume..harap salu enjoy and chill!! (^_^)


tag to~ http://epohh-chan.blogspot.com/

Saturday, March 5, 2011

~mase untuk tengok bintang di langit...hehe~

Posted by Marlya Asri at 11:26 PM 3 orang komen pasal cerita kat atas
Haa,,pd 4/3/2011,, aku dan member aku asmaa kasmon pegi ke FST(fakulti sains dan teknologi).

Nk taw kiteorg wat pe kat sane? Haa,,nie la aku nak cerite serba sedikit nie..hehe
Emm,, kami pegi sane sbb de program cerapan bulan yg dianjurkn oleh fst itu sendiri.. sblum program tue start, ade nasyid.. penyanyi nasyid tu t’diri dri dak laki fst dan fem..ade budak kels aku sekali..rupe2 ye sedap gak eyk suare dye..hehe  selepas tu,, kmi pegi ke kwsn yg luas (cam pdg gak la). kat situ kami diberitahu pasal bintang2 dan planet2..org dari JMNM(jabatan mufti negeri Melaka) yg bagi taklimat tu..




Seronok sgt sebb dapat tahu sal bintang2 ngn planet2 di langit..semalam org jmnm tu bgtaw yang mlm nie juz bole nmpk bntang canopus ngn Sirius je..tp xpe la, dpt gak tgok..hehe..dan baru ak taw,,bintang2 tu pun ade name gak..hehe pastu en.jmnm tu gtaw gak sal bruj2..sume skli buruj ade 88. Manakala zodiac lak ade 12..dpt da pengetahuan cket kat situ..hehe


mase utk tengok bintag,,hehe



nie la mmber aku,,asma namenye


nie nameye teleskop,,ye kot..hehe


Emm,dalam pukul 10.30 aku ngan asma pn blik..nseb bek la ade org yg sudi menumpang kan kami..hehe
Thanks to bf asma n his frens..=)

Emm,,,rase nye itu saje la yg nk kongsi b’sama sahabat2 sume..nt ade cite t’bru ke aku tulis ag..hehe
Selamat b’jumpa lagi kwan2..=)

Tuesday, March 1, 2011

~sahabat sejati,,sentiasa di hati~

Posted by Marlya Asri at 11:53 PM 0 orang komen pasal cerita kat atas
 

Marlya's Blog! Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei