Wednesday, February 23, 2011

~tazkirah hari ini~

Posted by Marlya Asri at 8:51 PM 0 orang komen pasal cerita kat atas
 Mendapatkan 5 hal melalui 5 jalan:


1.berkah rezeki akan dperoleh melalui solat dhuha.

2. cahaya dalam kubur melalui solat tahajud.

3. kemudahan dalam menjawab pertanyaan Munkar & Nakir melalui membaca Al-Quran.

4. kemudahan melintasi SiratulMustaqim melalui puasa dan sedekah.

5. Mendapat perlindungan Arsy ILLAHI pada hari Hisab melalui zikrullah.
 Renung-renungkanlah dan selamat beramal ….=)

23/02/2011

Posted by Marlya Asri at 8:38 PM 0 orang komen pasal cerita kat atas
Hari nie aku x bape ade mood sgt,,ntoh la…emm dalam hati aku nie satu je,,aku NAK BALIK RUMAH!!huhu…tp aku baru t’ingat yang aku de program 25-27 Feb nie..aku kene jadi ‘runners’..bukn pelarian tp mcm urusetia la,,.ase cam sedih je tetibe..=(

Pastu tiba2 aku dpt satu idea..hehe(ketawa yg ade makne),,aku ckp kat mmber aku yg aku xnk join jd runners tu..pastu dye tanye kenape tibe2 xjadi lak? Aku cakap la aku nk balik rumah..mggu nie je peluang aku nak balik..huhu pas2 dye ckp lagi yg aku dah bagi name,,so aku ckp la kat dye yg aku nnt akn pergi je taklimt tu hari nie..pastu aku nak cakap la yg aku ade hal,,so kene la balik rumah..huhu balik rumah puye pasal,,kene wat alasn..
Aku pun da ckp kat mak aku yang esok mlm(khmis mlm jumaat la) yg insyaAllah aku akn blk,,,my family,,rumah,,,tunggu ketibaan ak taw!!hehe (cam excited lak nk blk) mcm la da b’taun2 ak x balik rumh..eii,,x sabar nye nk balik..huhu

Bile t’igt umah, rndu lak kat ‘my teddy’..hehe da lame x plok ‘my teddy’ tu..nie cam rase xsabar nk balik nie..huhu…emm lagi satu yang paling membuatkn aku xsbr nk balik ialah aku rindu kat masakan mak aku..”ma,,nnti bile adik balik nnt ma buatkn adik nasi kerabu ye..t’ign sagt nk makan..da lame xmkan nasi kerabu ma..huhu”…

Ya Allah,,Kau permudahkan lah perjalanan aku pada hari esok,,mudah-mudahan semuanye b’jalan dgn lancar,,aminn...

Ok la,,itu sje untuk hari ini..law rjin,,aku akn menulis lagi..hehe insyaAllah..



~rumahku, syurgaku~



Sunday, February 13, 2011

HARI KEKASIH @ VALENTINE DAY???

Posted by Marlya Asri at 10:03 PM 0 orang komen pasal cerita kat atas
Hari kekasih(valentine day).. apa yang dimaksudkan dengan hari kekasih itu sebenarnya?
Hari kekasih itu adalah satu perayaan atau sambutan yang dilakukan oleh pasangan kekasih, kononnya untuk mengeratkan lagi perhubungan mereka. Bahkan terdapat segelintir umat islam juga turut menyambut “hari kekasih” ini..
 Umat Islam yang meraikan Hari Memperingati Kekasih pada 14 Februari boleh dianggap murtad atau terkeluar daripada Islam jika cara melakukannya mirip dengan agama asal perayaan itu, Kristian.
 hukum itu boleh jatuh kepada mereka berdasarkan sebuah hadis sahih yang menyebut bahawa: “Sesiapa yang melakukan perbuatan yang menyerupai sesuatu kaum itu, maka ia turut termasuk bersama golongan tersebut.”

 Mengikut sejarah mitos, sambutan berkenaan diasaskan oleh masyarakat Rom yang beragama Kristian sebagai memperingati peristiwa seorang paderi yang dihukum bunuh oleh pemerintah Rom, Claudius II. Saint Valentine dihukum bunuh kerana mengahwinkan salah seorang askar secara rahsia sedangkan undang-undang Rom ketika itu menghalang golongan muda berkahwin atau berkeluarga sebaliknya dikerah untuk menjadi tentera.

Mengapa kita hendak menyambut hari kekasih?? Sedangkan setiap hari sebenarnya adalah merupakan hari kekasih. Kita sebagai umat islam janganlah meniru sesuatu yang kita telah ketahui bahawa perkara itu amat bertentangan dengan ajaran islam. Ia boleh jatuh kepada hukum haram seperti yang telah di nyatakan diatas tadi.

Islam juga turut menggalakkan kita saling berkasih sayang. “Berkasih sayang bagi Islam juga tidak terhad kepada golongan tertentu sebaliknya meliputi semua pihak dengan keutamaannya diberikan kepada ibu bapa, suami isteri, keluarga, saudara Muslim dan akhirnya seluruh manusia.

Oleh itu, sedarlah wahai sahabat-sahabat ku bahawa jangan lah kamu lalai dengan fenomena yang telah banyak berlaku dikalangan remaja pada masa kini. Sesungguhnya kembali lah kamu kepada yang BENAR. sesungguhnya ALLAH itu Maha pengampun lagi Maha penerima taubat.. Wallahu’alam…..
Renung-renungkanlah…….
 

Marlya's Blog! Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei