Wednesday, May 8, 2013

bersyukurlah!

Posted by Marlya Asri at 12:07 AM 0 orang komen pasal cerita kat atas



di luar pintu sebuah restoran yg terkenal KFC, duduk seorang lelaki tua berbangsa cina, sedang memikul satu bungkusan plastik yang sarat dengan sesuatu..rupa-rupanya lelaki tua tersebut memikul sampah sarap..dan tiba-tiba 1 perasaan kasihan,sedih, simpati semua bercampur menyelubungi diri..
pakcik tersebut mengintai2 akan kami yang sedak enak menjamu ayam, sedangkan pakcik tersebut hanyalah makan dari sisa buangan orang lain..ya Allah, pertama kali aku berjumpa seseorang yg berkeadaan seperti pakcik ini..dia tidak meminta tetapi dari pandangan mata nya, aku tahu lelaki tua itu sgt mengharapkan sesuatu..
tp malangnya tiada apa yang dapat aku berikan,,melainkan cuma tinggal satu cawan air pepsi..lantas aku menuju ke pintu, lalu menghulurkan air tersebut kepada lelaki tua itu..aku tahu lelaki itu sangat gembira..walaupun hanya 1 cawan air..dari jauh aku melihat pakcik tersebut tidak minum air tersebut..dalam hati ku, mungkin dia ingin simpan untuk anak @ cucu dia..
aku bersyukur pada mu ya Allah atas nikmat dan kesenangan yang telah Kau berikan kepada kami.. 
sesungguhnya lelaki tua itu telah mengajar ku 2 perkara..
1. sentiasa bersyukur
2. jangan pernah meminta-minta walaupun dalam kesusahan

terima kasih Ya Allah kerana kau telah mempertemukan aku dengan insan tersebut..
alhamdulillah

itu sahaja yg dapat aku coretkan..
kejadian nie berlaku di Kuching, sarawak

 

Marlya's Blog! Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei