Sunday, February 13, 2011

HARI KEKASIH @ VALENTINE DAY???

Posted by Marlya Asri at 10:03 PM
Hari kekasih(valentine day).. apa yang dimaksudkan dengan hari kekasih itu sebenarnya?
Hari kekasih itu adalah satu perayaan atau sambutan yang dilakukan oleh pasangan kekasih, kononnya untuk mengeratkan lagi perhubungan mereka. Bahkan terdapat segelintir umat islam juga turut menyambut “hari kekasih” ini..
 Umat Islam yang meraikan Hari Memperingati Kekasih pada 14 Februari boleh dianggap murtad atau terkeluar daripada Islam jika cara melakukannya mirip dengan agama asal perayaan itu, Kristian.
 hukum itu boleh jatuh kepada mereka berdasarkan sebuah hadis sahih yang menyebut bahawa: “Sesiapa yang melakukan perbuatan yang menyerupai sesuatu kaum itu, maka ia turut termasuk bersama golongan tersebut.”

 Mengikut sejarah mitos, sambutan berkenaan diasaskan oleh masyarakat Rom yang beragama Kristian sebagai memperingati peristiwa seorang paderi yang dihukum bunuh oleh pemerintah Rom, Claudius II. Saint Valentine dihukum bunuh kerana mengahwinkan salah seorang askar secara rahsia sedangkan undang-undang Rom ketika itu menghalang golongan muda berkahwin atau berkeluarga sebaliknya dikerah untuk menjadi tentera.

Mengapa kita hendak menyambut hari kekasih?? Sedangkan setiap hari sebenarnya adalah merupakan hari kekasih. Kita sebagai umat islam janganlah meniru sesuatu yang kita telah ketahui bahawa perkara itu amat bertentangan dengan ajaran islam. Ia boleh jatuh kepada hukum haram seperti yang telah di nyatakan diatas tadi.

Islam juga turut menggalakkan kita saling berkasih sayang. “Berkasih sayang bagi Islam juga tidak terhad kepada golongan tertentu sebaliknya meliputi semua pihak dengan keutamaannya diberikan kepada ibu bapa, suami isteri, keluarga, saudara Muslim dan akhirnya seluruh manusia.

Oleh itu, sedarlah wahai sahabat-sahabat ku bahawa jangan lah kamu lalai dengan fenomena yang telah banyak berlaku dikalangan remaja pada masa kini. Sesungguhnya kembali lah kamu kepada yang BENAR. sesungguhnya ALLAH itu Maha pengampun lagi Maha penerima taubat.. Wallahu’alam…..
Renung-renungkanlah…….

0 orang komen pasal cerita kat atas:

Post a Comment

 

Marlya's Blog! Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei